My first choice in UPU was CFS IIUM in Architecture and Environmental Design and my second choice was UITM in Sarjana Muda Sains ( Kepujian ) Senibina. Cousin of mine ada tanya, 'Tak serabut ke isi UPU?'. I was like,' Gila kau tak serabut time isi semua kejadah ni?!'. People, tiga kali saya tukar pilihan UPU. Memang guna kuota UPU habis-habisan ah. Haha. Stress-nya saya, hanya Allah sahaja yang tahu. But for the sake of my future, I need to be moreeeeee and moreeee careful dalam pilih bidang. Dulu cita-cita nak jd ahli falsafah, tapi saya salah masuk bidang time sekolah. Saya tak sangka bidang tu nak budak aliran sastera ja. Berkecamuk hati bila tengok kelayakan tu selepas SPM. Saya pula budak aliran sains tulen. So pengajarannya, if u da ada ambition, sila la buat research betul-betul pasal apa yang awak nak sangat jadi tu. Jangan jadi macam saya. Faham? Tapi memandangkan saya jenis manusia yang sentiasa ada plan B, saya mmg da simpan sikit sudut architecture dalam hati saya. So, I applied for that course. Law as my third choice.
Kalau awak semua nak tahu, architecture kat UITM ada interview which is in contrast with UIAM. UIAM tak perlu interview to be selected in that course. But akan ada APT, EPT and so on test during ta'aruf. Ikut awak mana yang awak nak. If u rasa UITM yang terbaik, u can go for it. If UIAM, u may do so. Bagi saya dua-dua pon terbaik. Nak lagi baik, awak pilih saya. AIK? O.o Haha.
Selalunya semakan temuduga dikeluarkan awal sebulan atau kurang daripada tarikh hebahan semakan keputusan UPU. Jadi, awak kena la sentiasa alert dengan tarikh-tarikh penting UPU. Jangan terlepas tarikh sudah. Masa hebahan semakan temuduga tersebut dibuka, saya memang feelingless. Haha feelingless itu memang cara saya bila saya da nervous over the limit. Saya masukkan no kad pengenalan saya DAN! Alhamdulillah, saya dapat interview di UITM mengikut bidang yang saya mohon. Perasaan masa tu mashaAllah, rasa bahagia yang teramat. Yela, orang selalu cakap if awak dapat interview tuh means kaki sebelah awak da dalam universiti tu. Saya bagitahu ayah saya memandangkan mak saya bekerja. Terpancar wajah gembira di muka dia. Saya whatsapp family group saya. Mereka pon gembira dan terpancar kegembiraan seorang ibu melalui kata-katanya. Bila awak dapat tengok parents awak senyum, siblings awak senyum, saya yakin hati awak akan menari-nari bahagia di dalam :)
Sepanjang minggu tu, saya memang bertungkus lumus buat preparation for my interview. If possible, u need to prepare one sketchbook for them to see masa interview tu. Korang lukis la apa-apa yang dapat attract hati pensyarah yang akan interview kita nanti. Dapat la markah bonus nanti kan? Tak dek sketchbook pon boleh ja. The most important thing is awak cuba lukis sesuatu yang terletak di hadapan awak. Awak susun la segala jenis botol, bekas tisu or anything la untuk awak lihat dan lukis. Sebab masa interview ada dua stage. Stage 1 of course la drawing. They will put benda di hadapan awak untuk awak lukis. Contohnya, masa saya diorg letak piramid, cuboid, two balls and etc. Dalam satu bilik drawing tuh, ada lebih kurang 30 orang. First come, first serve. If surat panggilan awak 8.30 pagi then be on time. To be safe, datang awal. Saya orang first datang. Haa muka bangga nih. Hahaha. Kawan saya datang lewat 10 minit and saya dengar even dia datang 8.15 pon, dia kena masuk yg next session which is on 10.30. bayangkan pukul berapa nak habis tuh? Yang bilangan orang dalam bilik drawing tdi saya main randomly je teka. Tak sempat la pula saya nak kira. Tangan pon da basah sebab nervous. Haha
Haa! Sebelum saya lupa, hanya PENSEL 2B dan PEMADAM sahaja dibenarkan bawa masuk masa drawing test tu. Barang yang terlarang adalah PEMBARIS. Jadi, waktu awak practice melukis kat rumah tuh awak lupakan jela pembaris awak tuh. Cuba melukis pakai pensel dan pemadan SAHAJA. Faham? Dalam sketchbook saya, saya lukis Colloseum in Italy, some of 3D shapes, houses with an environmental design and bangunan apa ntah satu lagi.Lepas melukis dalam masa satu jam tuh, kami pon keluar. Tunggu untuk stage yang kedua which is an interview stage. Haha I did some research on temuduga. Alah macam awak buat sekarang nih la. Based pada pengalaman orang yang di-interview sebelum2 ni, diorang cakap diorg di-interview sorang demi sorang. Guess what?! During my time tiba-tiba jadi GROUP INTERVIEW. Berdebar! Sebab prepare lain, kena buat lain. But to be safe, better awak prepare utk kedua2nya. Guys, interview ni must be fully in english. Broken takpe asalkan ada keyakinan bila awak bercakap. Buat muka ala confident gitu. Padahal dalam hati? hahaha. During my time, diorang buat group interview. 3 to 4. Means 3 pensyarah, 4 students. Diorang akan randomly put u in any group they like. Diorang pilih ikut kertas drawing awak masuk ke bilik interview. Randomly!
Awak nak tahu tak? Dalam group saya, SAYA SEORANG SAHAJA PEREMPUAN. Awak tahu tak apa yang saya rasa? Saya rasa amatlah terkejut dan ok, I am back to feelingless. Haha maklum la saya sekolah perempuan. Mana biasa campur. Sekolah rendah ja pernah. Da la yang interviewer tuh pon lelaki. haha takpelah. Sini la lahirnya konsep redha. First bila awak da masuk ruangan interview, dia akan suruh awak bagi sijil-sijil yang awak bawa. Da selesai semua tu, baru dia akan mulakan interview session. Dia akan jalankan ujian buta warna dulu. Apa yang saya nak cakap nih, ujian ni sangat penting. Interviewer akan buat macam-macam helah untuk buat kita tak nampak. Misalnya dia akan terbalikkan gambar tersebut. Jangan sesekali awak ckp no tersebut terbalik sebab awak akan dikira GAGAL. Selepas ujian buta warna, dia akan truskan interview. Permulaannya, dia akan tya, ok tell me about urself. Awak bgthu la nama awak, age smua tuh la in english. Then dia akan terangkan kat awak apa yang awak kna buat dlm group tuh. Masa group saya dia bagi situation. Situaition tuh adalah ," Korang lima orang adalah kawan baik. One of u went to a vacation but she told you to lied to ur lecturer untuk kata dia sakit. So u guys fikirla macam mana nk selesaikan perkara nh. Saya bagi awak 10 minit untuk selesaikan masalah ni." Dia tanya dalam english tau. So jangan berangan jawab dalam bahasa melayu. Haha korang bedal ja cakap. Masa tu group saya serious gempak. Semua otak sakai macam saya. Jadi saya sangat bersyukur yang saya dapat mereka. Heee. Masa 10 minit, memang saya dan team saya work it out habis-habisan. We creatively buat situation tuh benar-benar kami lalui.
Selepas kami habis selesaikan permasalahan yang lecturer tuh bagi, dia akan ajukan a few questions based on ur knowledge. Guys, dia akan tahu arrangement course dalam pilihan UPU awak semua. Sekiranya awak letak UITM as ur second or third choice, they will surely ask you why don't u put UITM as ur first choice. Saya kena dan group team saya pon kena. Kami semua letak UITM as second and third choice. Masa dia tya tu, memang saya 'goreng' habis la ayat saya. I said that ' I AM NOT SO CONCERNED ABOUT THE ARRANGEMENT BUT I DO CONCERNED ABOUT THE GOD OF SUSTENANCE.' Dia pon macam WOW. hahaha kelakar! Dalam hati aku gelak gila. Saya pilih UIA first sbb dia international college and i could experienced something new there. Dia macam sedih la sebab kami semua letak UITM as second and third option. If universiti yang kami letak as first choice ambil kami, kami takkan lagi be selected in their course. Selepas tuh, dia ada la tya soalan lain macam knpa pilih architecture, apa yg membuatkan awak pilih architecture and so on. Korang plk kna alert psl current news yg bagi effect pda bidang architecture. I think that's all for the interview session.
Actually, saya belum masuk universiti lagi. Just interview. Saya pelajar lepasan SPM 2014. UPU pon baru keluar. By the way, saya dapat first choice saya in UPU. CFS IIUM in Architecture and Environmental Design. ALHAMDULILLAH. End of this month saya masuk. Thats why i mentioned early, arrangement in UPU sangatla penting. If you really want UITM, then put it as ur first choice. Same goes to other choice. Note that. SO, until here only. If nak tya apa-apa, silakan :)
SEKIAN.
No comments:
Post a Comment